• Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

The Animals Save the Planet - Energy Efficient Penguin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Energy Saving Campaign 2007

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jimat Wang Ketika Membeli-Belah

Masyarakat senantiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.

Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:

* Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu.

* Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah.

* Bagi menggelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar.

* Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.

* Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.

* Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.

* Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Elak pembaziran di rumah

Kita boleh memerangi pembaziran di rumah. Begini caranya;

1. Kurangkan penggunaan elektrik dengan memasang lampu penjimat tenaga. Ia kurang mengeluarkan haba maka bilik tidak terlalu panas dan tidak perlu disejukkan.

2. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Ini akan mengurangkan pengeluaran karbon ketika menghantar makanan ke setiap negara.

3. Kurangkan pembaziran makanan dengan membuat senarai membeli-belah mingguan. Apabila makan di luar,cuba pesan makanan yang kurang daripada terlebih pesan. Jika masih lapar lagi, anda masih boleh pesan lagi.

4. Periksa tarikh luput makanan yang disimpan dalam peti sejuk untuk mengelak daripada membuang makanan yang sudah tamat tempohnya, lantas mengurangkan membeli makanan baru.

5. Ketika melancong, beli tiket elektronik supaya tidak perlu mencetak tiket.

6. Jika anda tidak menggunakan perkakas atau mainan bayi, pinjamkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai.

7. Gunakan laman web sosial untuk menawarkan barang-barang yang tidak digunakan lagi tetapi masih dalam keadaan yang baik kepada mereka yang inginkannya.

8. Didih air dengan menggunakan cerek di atas dapur dan elakkan penggunaan cerek elektrik

9. Tanam pokok-pokok di sekitar rumah untuk menyerap haba dan menyejukkan rumah.

10. Jangan lupa memadamkan suis barang-barang elektrik dan elektronik. Memadamkannya menggunakan ’remote control’ dan membiarkan dalam keadaan ’standby’ masih lagi menggunakan elektrik.

11. Air bilas yang diguna oleh mesin basuh kain boleh dikumpul dalam tong dan diguna semula. Contohnya, menggunakannya untuk membersih tandas.

Source: www.reduce.org / www.cetdem.org.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

peta minda













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pengguna

Siapakah pengguna?
Umumnya Malaysia tidak ramai yang benar-benar mengetahui siapkah yang dimaksudkan dengan pengguna.Adalah tidak menjadi sesuatu yang pelik apabila ramai yang menganggap pengguna adalah pembeli.Bagaimanakah pula orang yang tidak terlibat dalam urusan jual beli,adakah mereka juga dianggap sebagai pengguna.

Dalam deklarasi 1962,John F Kennedy menegaskan bahawa pengguna adalah merangkumi kesemua kita.Beliau menegaskan bahawa pengguna merupakan kumpulan ekonomi terbesar,yang terasa kesan dan memberi kesan oleh apa jua public dan private decision.

Di Malaysia,Akta Perlindungan Pengguna 1999(Akta 599) memberikan takrifan pengguna sebagai seseorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud,kegunaan atau kepenggunaan diri,rumah tangga,isi rumah.

Dalam bahasa yang paling mudah,seseorang pengguna itu bermaksud seseorang yang menggunakan sesuatu barangan,samada dibeli sendiri atau didapati selain dari pembelian untuk kegunaan dirinya atau seisi rumahnya.Seseorang yang membeli untuk tujuan menjual dan mendapatkan keuntungan tidak boleh dianggap sebagai pengguna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Penyelewengan

Bentuk penyelewengan yang sering dilakukan oleh pengeluar.

Harga barang yang tidak stabil

Peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang pada musim perayaan.

Kegiatan menyorok barang

Apabila berlaku kekurangan sesuatu barang, peniaga akan menyorokkan barang-barang tersebut untuk menaikkan harganya.

Barang yang berkualiti rendah

Di pasaran terdapat banyak barang tiruan dan peniaga kadang kala menjualkannya dengan harga biasa.

Barangan yang membahayakan pengguna

Sesetengah pengeluar yang inginkan keuntungan yang cepat dan tinggi, mereka tidak melakukan kajian tentang bahan yang digunakan

Timbangan dan sukatan yang tidak tepat

Ada pula peniaga/ pengeluar meletakkan berat sesuatu barang termasuk berat bekasnya.

Maklumat yang mengelirukan

Terdapat gambar dalam katalog atau iklan yang menggunakan model. Model yang cantik membuatkan pengguna menjadi keliru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

hak pengguna

Hak pengguna

Dalam perniagaan masa kini, terdapat banyak bentuk penyelewengan yang telah dilakukan oleh penjual atau pengeluar terhadap pengguna.

Antara bentuk penyelewengan yang selalu dilakukan ialah

a) menjual barang dengan harga yang terlalu mahal.

b) kualiti barangan yang rendah.

c) dakwaan palsu atau memaparkan iklan yang mengelirukan

d) barangan yang membahayakan kesihatan pengguna.

Penyelewengan mungkin berlaku kerana pengguna tidak menyedari akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Masalah ini timbul disebabkan oleh kurang pendedahan pendidikan kepenggunaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ADUAN PENGGUNA

SALURAN UNTUK MEMBUAT ADUAN :


1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777



3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822

5) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my

6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my




7) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

DASAR-DASAR PENGGUNA

KENYATAAN DASAR
Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.

Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.

RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA

Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini.

DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara seluruhnya.


OBJEKTIF
Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.

Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab

Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Pendidikan

Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi

Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan

Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.


MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA


Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna

Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan pembekal/pengilang.

Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi

Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.

Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari

Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi semasa dan generasi akan datang.


STRATEGI
Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan:-

Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

SOSIAL

Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas yang mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat, jaminan makanan yang berzat, kemudahan pendidikan seperti sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta kemudahan teknologi maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencapai penggunaan lestari. Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan permuafakatan pihak Kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak swasta hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan kepada taraf terbaik.

Meningkatkan Perlindungan Kendiri

  • Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang.
  • Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di setiap daerah.

Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan

Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan masyarakat, kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan gerakan kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi menyebabkan aktiviti pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Oleh itu, Kerajaan perlu meneruskan sokongan terhadap pergerakan pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti kepenggunaan.

Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah

Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh menjadi saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan dalam jawatankuasa tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PERUNDANGAN

Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna

Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini, Kerajaan perlu:-

  1. Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna.
  2. Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.
  3. Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari.
  4. Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna di Malaysia.

Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:

  1. Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
  2. Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir

Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari:

  1. Kesedaran untuk mengkritik
    Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
  2. Penglibatan dan tindakan
    Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
  3. Tanggungjawab sosial
    Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
  4. Bersatu padu
    Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Last Updated on Tuesday, 07 April 2009 11:37

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Isu gores dan menang dan cabutan bertuah

Peraduan "gores dan menang" serta "cabutan bertuah" tidaklah perlu diperkatakan lagi.Masyarakat sendiri tahu akan kesan dan akibatnya jika mempercayai peraduan-peraduan seperti ini.Peraduan ini memang menarik perhatian ditambah lagi dengan hadiah-hadiah yang cukup lumayan.Sesiapa sahaja mudah termakan umpan dan janji manis yang ditawarkan oleh ejen-ejen yang terlibat.Kali pertama menggores mungkin anda akan mendapati "terima kasih" saja,tapi kali kedua anda melihat gambar hadiah pada goresan tersebut.Ejen-ejen lantas memberitahu anda seorang yang bertuah kerana memenangi hadiah yang sangat lumayan atau istimewa.

Untuk mendapatkan 'hadiah' tersebut(kebanyakan nya dalam bentuk barangan elektrik) sebagai umpan,anda lazimnya terpaksa membayar sejumlah wang yang dikatakan cukai supaya barangan tersebut boleh diambil.Ini adalah merupakan taktik-taktik yang dijalankan oleh banyak syarikat-syarikat untuk menjual barangan mereka.

Sebenarnya,kalau nak dibandingkan jumlah yang dibayar adalah sangat tinggi berbanding dengan harga/nilai sebenar hadiah yang dimenangi tersebut.Lebih menyedihkan,banyak barang-barangan yang didapati dengan cara tersebut berkualiti yang rendah serta tiada barang ganti atau "warranty".

Undang-undang yang ada sekarang ini walau bagaimanapun tidak melarang syarikat penjual atau pengeluar dari menganjurkan peraduan seperti tersebut.Apa yang boleh diambil tindakan adalah jika syarikat berkenaan tidak menyediakan hadiah yang dijanjikan.

Selain gores dan menang,terdapat beberapa lagi aktiviti penipuan yang berleluasa iaitu penipuan SMS Akademi Fantadis,Power Root,penipuan lelongan barangan kastam dan lain-lain.Oleh itu,sebagai pengguna,hendaklah berhati-hati sebelum menyertai mana-mana peraduan,kaji selidik dulu latar belakang syarikat supaya tidak tertipu dan tidak memakan diri sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS