AWAS!!Bahaya UBAT SEKS

Ubat-ubatan seks atau ubat kuat kini semakin laris dikalangan masyarakat Malaysia.Dianggarkan kira-kira lima hingga enam juta kaum lelaki berusia 40 tahun keatas dinegara kita mengambil ubat-ubatan seks.Perbuatan tersebut didorong oleh keadaan diri mereka yang mengalami penurunan keghairahan seks.Disebabkan itu,mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi menguatkan tenaga batin.Sebut sahaja apa jenis ubat yang boleh merealisasikan hasrat,mereka tidak ragu-ragu untuk membeli.Apatah lagi,ubat-ubatan tersebut kini amat mudah dibeli kerana ia mula dijual di pasaran terbuka.Tiada lagi perasaan malu ,malah gaya hidup masyarakat timur yang cukup sensitif tentang soal ini juga sudah bertukar rentak dan semakin terbuka didalam membicarakannya.

MENGAPA BERBAHAYA??
Samada dalam bentuk pil atau cecair,produk seks yang dimport dari luar negara amat berbahaya untuk kesihatan individu.Penggunaan secara kerap boleh membawa maut terhadap individu yang mengamalkan pengambilanya.Terutama sekali apabila mereka turut mengidap penyakit jantung.Ubat-ubatan ini amat berbahaya kerana mengandungi analog sildenafil,sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kematian mengejut tanpa sebarang isyarat.Selain tiada jaminan keselamatan serta tidak mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan,ubat-ubatan seks ini boleh mendatangkan kesan jangka panjang terhadap penggunanya dan menyebabkan serangan strok serta darah tinggi sehingga membawa maut.

LANGKAH MENGATASI!!
Buat kaum lelaki,jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang memaparkan tentang kehebatan dan keberkesanan ubat-ubatan seks dalam mengukuhkan ikatan suami isteri.Elak terpengaruh dengan ayat-ayat hebat yang menjanjikan segala kenikmatan kerana pengambilan ubat yang tidak bersesuian dan tanpa nasihat doktor hanya akan memudaratkan kesihatan.Individu juga perlu menyedari bahawa pengambilan ubat-ubatan seks bukanlah satu-satunya cara untuk meningkatkan tenaga.Banyak cara lain yang boleh dilakukan dan diamalkan oleh individu untuk menambahkan tenaga.Aktiviti senaman tertentu juga diyakini dapat membantu kerana ia menguatkan saraf sekaligus mengekalkan stamina dan kejantanan diri tanpa mendatangkan sebarang implikasi negatif..
Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan keatas para peniaga yang menjual dan membekalkan ubat-ubatan seks kepada masyarakat dalam usaha untuk memerangi penjualan ubat-ubatan yang semakin berleluasa.Hukuman berat ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan gusar dan takut kepada para peniaga untuk meneruskan perniagaan berorientasikan ubat-ubatan seks yang dieksport dari luar negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "AWAS!!Bahaya UBAT SEKS"

Post a Comment