Tips Membeli-Belah


• Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

• Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.

• Jangan membawa wang yang berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.

• Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

• Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.

• Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.

• Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

• Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.

• Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.

• Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.

• Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

• Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

• Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS