Jimat Wang Ketika Membeli-Belah
Masyarakat senantiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga. * Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu. * Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah. * Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah. * Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda. * Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja. * Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet.
Elak pembaziran di rumah
Kita boleh memerangi pembaziran di rumah. Begini caranya; 2. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Ini akan mengurangkan pengeluaran karbon ketika menghantar makanan ke setiap negara. 3. Kurangkan pembaziran makanan dengan membuat senarai membeli-belah mingguan. Apabila makan di luar,cuba pesan makanan yang kurang daripada terlebih pesan. Jika masih lapar lagi, anda masih boleh pesan lagi. 4. Periksa tarikh luput makanan yang disimpan dalam peti sejuk untuk mengelak daripada membuang makanan yang sudah tamat tempohnya, lantas mengurangkan membeli makanan baru. 5. Ketika melancong, beli tiket elektronik supaya tidak perlu mencetak tiket. 6. Jika anda tidak menggunakan perkakas atau mainan bayi, pinjamkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. 7. Gunakan laman web sosial untuk menawarkan barang-barang yang tidak digunakan lagi tetapi masih dalam keadaan yang baik kepada mereka yang inginkannya. 8. Didih air dengan menggunakan cerek di atas dapur dan elakkan penggunaan cerek elektrik 9. Tanam pokok-pokok di sekitar rumah untuk menyerap haba dan menyejukkan rumah. 10. Jangan lupa memadamkan suis barang-barang elektrik dan elektronik. Memadamkannya menggunakan ’remote control’ dan membiarkan dalam keadaan ’standby’ masih lagi menggunakan elektrik. 11. Air bilas yang diguna oleh mesin basuh kain boleh dikumpul dalam tong dan diguna semula. Contohnya, menggunakannya untuk membersih tandas.