Jimat Wang Ketika Membeli-Belah
Masyarakat senantiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga. * Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu. * Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah. * Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah. * Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda. * Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja. * Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet.
0 Response to "Jimat Wang Ketika Membeli-Belah"
Post a Comment