HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT
Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau perkhidmatan yang hendak dibeli.
Setiap pengguna berhak mendapat maklumat tentang perkara-perkara berikut:
a) Harga barangan yang berpatutan
b) Mutu barangan yang terjamin
c) Berat dan sukatan barangan tepat.
d) Isi kandungan barangan
e) Cara menggunakan barangan
Hak mendapat maklumat melindungi pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika.
Hak mendapat maklumat yang tepat dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna membuat keputusan yang wajar semasa membeli.
October 13, 2021 at 5:24 AM
Alhamdulillah,info ini membantu saya mendapatkan maklumat brkaitan hak-hak pengguna dlm silibus bahasa melayu kssm. Terima kasih.