Isu gores dan menang dan cabutan bertuah

Peraduan "gores dan menang" serta "cabutan bertuah" tidaklah perlu diperkatakan lagi.Masyarakat sendiri tahu akan kesan dan akibatnya jika mempercayai peraduan-peraduan seperti ini.Peraduan ini memang menarik perhatian ditambah lagi dengan hadiah-hadiah yang cukup lumayan.Sesiapa sahaja mudah termakan umpan dan janji manis yang ditawarkan oleh ejen-ejen yang terlibat.Kali pertama menggores mungkin anda akan mendapati "terima kasih" saja,tapi kali kedua anda melihat gambar hadiah pada goresan tersebut.Ejen-ejen lantas memberitahu anda seorang yang bertuah kerana memenangi hadiah yang sangat lumayan atau istimewa.

Untuk mendapatkan 'hadiah' tersebut(kebanyakan nya dalam bentuk barangan elektrik) sebagai umpan,anda lazimnya terpaksa membayar sejumlah wang yang dikatakan cukai supaya barangan tersebut boleh diambil.Ini adalah merupakan taktik-taktik yang dijalankan oleh banyak syarikat-syarikat untuk menjual barangan mereka.

Sebenarnya,kalau nak dibandingkan jumlah yang dibayar adalah sangat tinggi berbanding dengan harga/nilai sebenar hadiah yang dimenangi tersebut.Lebih menyedihkan,banyak barang-barangan yang didapati dengan cara tersebut berkualiti yang rendah serta tiada barang ganti atau "warranty".

Undang-undang yang ada sekarang ini walau bagaimanapun tidak melarang syarikat penjual atau pengeluar dari menganjurkan peraduan seperti tersebut.Apa yang boleh diambil tindakan adalah jika syarikat berkenaan tidak menyediakan hadiah yang dijanjikan.

Selain gores dan menang,terdapat beberapa lagi aktiviti penipuan yang berleluasa iaitu penipuan SMS Akademi Fantadis,Power Root,penipuan lelongan barangan kastam dan lain-lain.Oleh itu,sebagai pengguna,hendaklah berhati-hati sebelum menyertai mana-mana peraduan,kaji selidik dulu latar belakang syarikat supaya tidak tertipu dan tidak memakan diri sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Isu gores dan menang dan cabutan bertuah"

Post a Comment