Isu keselamatan Barangan kecantikan
Kebelakangan ini terdapat laporan penarikan produk memutihkan kulit jenama yang sangat terkenal dinegara ini kerana didapati mengandungi asid hidroquinone,iaitu sejenis asid yang boleh menyebabkan radangan pada kulit serta boleh mengakibatkan dan mengaktifkan sel-sel kanser jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Sebenarnya produk-produk sebegini telah melimpahi pasaran.Pengguna seringkali mudah tertipu apabila melihat model-model dimajalah bagi produk kecantikan mahupun pelansingan badan.Kebanyakan peniaga dan pengeluar mengeksploitasi model-model ini supaya memperagakan kulit wajah yang gebu,putih dan menarik dan pengguna terus membelinya tanpa ragu-ragu dengan harapan akan mendapat kulit yang sama cantik dan jelita seperti model-model tersebut.
Selain itu produk pelansingan badan juga adalah antara produk yang paling mendapat banyak sambutan dikalangan wanita terutama bagi mereka yang 'desperate' untuk menurunkan berat badan.Kebanyakan produk-produk dipasaran menjanjikan tawaran yang menjanjikan bentuk badan seperi model-model di majalah seperti jamu-jamu,teh herba dan lain-lain tanpa memikirkan kesan sampingan yang bakal diperoleh dimasa depan.
Kita sering melihat banyak kes yang mengakibatkan kematian seperti sedut lemak.Pengguna haruslah berwaspada sebelum mengguna perkhidmatan dari pihak-pihak tertentu.Kita tidaklah perlu tergesa-gesa ataupun ghairah dalam mengejar kecantikan sehingga mengakibatkan kematian.
0 Response to "Isu keselamatan Barangan kecantikan"
Post a Comment